Tumbuhan merupakan salah satu daripada alam benda hidup yang terdapat di alam semesta.
Tumbuhan merupakan organisma yang terkandung dalam alam Plantae. Biasanya,
organisma yang menjalankan proses fotosintesisdiklasifikasikan sebagai tumbuhan. Tumbuhan
memerlukan cahaya matahari untuk menjalani proses
fotosintesis.
Tumbuhan merangkumi semua benda hidup yang mampu
menghasilkan makanan dengan menggunakan klorofil untuk menjalani proses fotosintesis dan menghasilkan kanji. Sel tumbuhan
berbeza dengan sel haiwan dalam beberapa segi termasuk sel tumbuhan mempunyai
dinding sel.
Secara amnya tumbuhan dibahagikan kepada :-
1. tumbuhan berbunga sama ada:
Dari perspektif biologi, tumbuhan merujuk kepada organisma hidup dalam alam tumbuhan. Dalam penggunaan harian, ia mungkin tidak
begitu tepat sebagaimana diterangkan di bawah.
Isi kandungan
[sorokkan]
·
9 Album
Kesulitan dalam penakrifan[sunting | sunting sumber]
Istilah tumbuhan jauh lebih
sukar untuk ditakrifkan dari anggapan biasa. Walaupun pakar botani
menggambarkan Alam Tumbuhan, sempadan pentakrifan ahli Tumbuhan adalah lebih
ketat dari definisi biasa tumbuhan. Kita cenderung untuk menganggap tumbuhansebagai
organisma multicellular, eukaryotic yang
biasanya tidak mempunyai organ deria atau pergerakan terkawal dan lengkap
dengan akar, batang, dan daun. Bagaimanapun, secara botani hanya tumbuhan vaskular (vascular plant) mempunyai
"akar, batang, dan daun", dan sesetengah tumbuhan vaskular, seperti tumbuhan kanivor dan pokok janggut nabi,
tidak menepati istilah tersebut. Tetapi agar berlaku adil, tumbuhan vaskular
adalah tumbuhan yang kita sering nampak setiap hari.
Istilah tumbuhan yang lebih
luas adalah semua autotrof (autotroph) —
iaitu, yang menghasilkan makanannya sendiri daripada bahan mentah bukan organik
dan cahaya matahari. Ini adalah istilah yang manusahabah, dan yang menumpukan
kepada peranan biasa tumbuhan dalam sistem ekologi.
Bagaimanapun terdapat fotoautotrof (photoautotrophs) dalam Prokaryote, khususnya bakteriaphotoautotrophik dan cyanobacteria.
Cyanobacteria kadang-kala (bersebab) dikenali
sebagai alga biru-hijau. Kemudian terdapat masalah bahawa
kebanyakan orang, termasuk botanis, memanggil cendawan (mushroom) sebagai tumbuhan, walaupun
cendawan adalah badan berbuah (fruiting body) fungi (Alam Fungi), dan
bukannya photoautotrophic sama sekali, tetapi saprophytic. Dan
terdapat agak banyak spesies tumbuhan berbunga, fungi, dan bakteria yang merupakan parasit.
Sistem pengelasan biologi semasa (lihat
cladistics) cenderung untuk memberi penekanan perkaitan genetik antara
organisma sebagai asas pengelasan. Secara sempurna, taxon (atau clade) perlu monophyletik; semua
organisma dalam taxon atau clade sepatutnya berkongsi leluhur tunggal, dan
taxon atau clade sepatutnya merangkumi semua keturunan dari leluhur tunggal
itu. Satu cara lain mentakrifkan Alam Tumbuhan adalah untuk menentukan samaada
semua organisma dalam alam boleh dijejak kepada leluhur tunggal.
Kita tidak dapat memberikan jawapan yang
pasti. Senarai ciri-ciri yang membezakan Tumbuhan (Plantae) daripada
alam biologi lain memberikan sekurang-kurangnya takrifan teknikal. Masalah
kekaburan atau persetujuan dalam istilah menggambarkan tumbuhanadalah
pernyataan kefahaman (understanding statements), sering dijumpai dalam
rencana Wikipedia, contohnya: ...xylem merupakan satu dari
dua tisu pengangkutan dalam tumbuhan. Secara umum ia tidak boleh dianggap merangkumi
semua tumbuhan, alga sehingga tumbuhan berbunga. Kemungkinan besar ia tidak
merangkumi fungi atau bakteria. Sebenarnya, ia lebih selamat untuk menganggap
perbincangan di atas merupakan tumbuhan vaskular (khususnya paku-pakis, konifer,
tumbuhan berbunga, dan beberapa yang lain) kecuali disebut berlainan (contoh., ...dalam
tumbuhan vaskular dan bukan vaskular seperti ini dan ini dan ini ).
Sistem pengelasan (lihat pengelasan saintifik)
digunakan oleh para biologi untuk mengkatalog organisma yang hidup di bumi telah
digunakan oleh beribu pakar sains yang meluangkan masa untuk melengkapkannya.
Sistem ini direka agar "berkecuali", mentakrifkan perkaitan evolusi
antara kesemua spesies berlainan (termasuk yang hanya dikenali melalui fosil).
Tumbuhan adalah sebahagian daripada usaha pengelasan dan samaada menentukan
"tumbuhan" secara meluas atau khusus, kita mesti memasukkan rujukan
kepada sistem pengkelassan dalam kesemua usaha terpelajar untuk mendapatkan
atau memberikan mamlumat mengenainya.
·
Untuk tumbuhan sebagaimana
ditakrifkan dalam Alam Tumbuhan lihat di bawah.
·
Untuk alga secara
umum, lihat alga atau rumpai laut (seaweed).
·
Untuk tumbuhan
bukan vaskular secara umum, lihat tumbuhan bukan
vaskular.
·
Untuk tumbuhan
vaskular secara umum, lihat tumbuhan vaskular.
·
Untuk tumbuhan
koniferous lihat Pinophyta atau gymnosperm.
·
Untuk tumbuhan
berbunga lihat angiosperm.
Evolusi dan pengelasan Alam
Tumbuhan[sunting | sunting sumber]
Alam tumbuhan Plantae (atau Viridaeplantae)
adalah kumpulan monophyletik eukaryote (organisma
dengan sel bernukleas (nucleated)). Lebih 60 jurai lineages utama
eukaryotes telah dikenal pasti, kebanyakannya adalah bersel tunggal unicellular dan
dikelaskan dalam alam paraphyletik Protista. Alam tumbuhan adalah kumpulanmonophyletik mengandungi
organisma eukaryotik yang melakukan fotosintesis menggunakan klorofil a dan b, menyimpan hasil
fotosintesis sebagai kanji dalam kloroplas (chloroplasts) tempat ia dihasilkan,
mempunyai kloroplast yang diikat oleh selaput berkembar double membrane,
dan mempunyai dinding sel yang diperbuat dengan selulus (cellulose ).
Alam ini mengandungi beberapa kumpulan alga hijau yang berevolasi dari leleuhur
yang sama dengan tumbuhan hijau. Alga hijau mempunyai beberapa
bentuk:flagellate, koloni,
berjurai (filamentous), dan juga multiselular (multicellular)
primitif. Kebanyakannya adalah haploid, tetapi yang lain
menunjukkan generasi perantaraan (alternation
of generations) antara haploid dan bentuk diploid, dikenali sebagai gametophyte dan sporophyte.
Dalam tempoh tertentu semasa Palaeozoik, tumbuhan multiselular,
rumit (Embryophyte) mula muncul
di daratan. Dalam bentuk baru ini, gametophyte dan sporophyte berubah bentuk
dan fungsi yang amat berlainan, sporophyte kekal kecil dan bergantung kepada
leluhurnya sepanjang tempoh hayatnya yang singkat. Kumpulan dalam organisasi
aras ini, secara berkumpulan dikenali sebagai bryophytes, termasuk:
·
Division Hepaticophyta (Marchantiomorpha),
liverworts
·
Division Anthocerotophyta,
hornworts
·
Division Bryophyta,
lumut
Kesemua bentuk ini adalah kecil dan terhad
kepada persekitaran lembab, bergantung kepada air untuk
menyebarkan spora. Dalam tempoh Silurian, embryophytes baru muncul dengan adaptasi membolehkan
mereka mengatasi had ini, yang mengalami radiasi perubahan besar-besaran dalam tempoh Devonian,
menguasai daratan. Kumpulan ini biasanya mempunyai ketahanan kutikel (cuticle)
kepada kekeringan (desiccation), dan mempunyai tisu vaskular, yang
mengangkut air keseluruh organisma, dan dengan ini dikenali sebagai tumbuhan vaskular.
Dalam kebanyakan tumbuhan ini, sporophyte bertindak sebagai individual
terasing, dengan gametophyte kekal amat kecil. Taxa tumbuhan vaskular
merangkumi:
·
Division Lycopodiophyta (Lycopsida),
lumut belantan club mosses
·
Division Equisetophyta (Equisetopsida),
horsetails
·
Division Pteridophyta (Filicopsida),
paku-pakis
·
Psilotophyta (Psilotales), paku-pakis whisk
·
Ophioglossophyta (Ophioglossales),
adders-tongues, moonworts dan paku-pakis anggur grape-ferns
·
leptosporangiate
atau paku-pakis sebenar "true ferns
Spermatophytes, atau tumbuhan berbiji
benih (seed plants) merupakan kumpulan tumbuhan vaskular
yang berpecah (diversified ) pada akhir Palaeozoic. Dalam bentuk
ini,gametophytelah yang
mengecut sepenuhnya, dan sporophyte muda memulakan kehidupannya dalam biji
benih yang terbentuk pada pokok tua. Kumpulan spermatophytes yang masih hidup
termasuk:
·
Division Cycadophyta (Cycads)
·
Division Ginkgophyta (Ginkgo)
·
Division Pinophyta (Conifers,
Coniferophyta)
·
Division Gnetophyta (Gnetae)
·
Division Magnoliophyta (tumbuhan berbunga, Anthophyta)
Division ini dibahagikan kepada gymnosperms (empat
yang pertama:benih terdedah naked seeds), dan tumbuhan berbunga
atau angiosperms. Angiosperms adalah kumpulantumbuhan terakhir
muncul, ketika tempoh Jurassik, dengan
perkembangan radiation utama dalam tempoh Cretaceous yang menyebabkan Angiosperms menjadi tumbuhan
darat utama dalam kebanyakan biome.
Kategori tumbuhan[sunting | sunting sumber]
Tumbuhan vaskular sama ada herba atau
berkayu. Tumbuhan berkayu selalunya pokok dengan
satu atau beberapa batang dan dahan yang tumbuh jauh dari tanah, atau tumbuhan
renek tanpa batang yang jelas, dan dahan yang hampir dengan permukaan tanah.
Tumbuhan saka vaskular mungkin malar hijau, daun kekal sepanjang tahun, atau luruh,
meluruhkan daun pada musim luruh dalam setahun. Kebanyakan
tumbuhan luruh, biasanya dijumpai di kawasan beriklim sederhana, dan sesetengah tumbuhan tropika dan subtropika meluruhkan daun mereka pada musim kemarau.
Tanaman juga dibahagikan menurut penggunaan
ia dalam kehidupan manusia. Tanaman makanan termasuk buah, sayur-sayuran, herba,
dan rempah.
Jangka hayat tumbuhan[sunting | sunting sumber]
Sebagai tambahan kepada pengelasan saintifik tumbuhan,
atau pendekatan yang paling popular berasaskan sistem tersebut, terdapat juga
pengelasan tumbuhan melalui cara lain yang akan dibincangkan di sini.
Tumbuhan jatuh dalam salah satu antara lima
kumpulan berdasarkan jangka hayat ia.
1. Tumbuhan efemeral - mempunyai dua kitar hidup dalam satu
musim.
2. Tumbuhan semusim - mempunyai satu kitar hidup untuk
semusim atau dalam setahun
3. Tumbuhan dwimusim - mempunyai dua kitar hidup dalam dua
tahun. Kitar pertama adalah pertumbuhan tampang dan kitar kedua ialah pembiakan.
4. Tumbuhan herba saka - tumbuhan herba yang hidup lebih dari dua tahun.
5. Tumbuhan berkayu saka - tumbuhan berkayu yang hidup lebih dari dua tahun.
Struktur setiap kategori tumbuhan tersebut
berbeza setiapnya dan hanya tumbuhan berkayu saka mempunyai kebolehan untuk
meningkatkan ukur lilitnya pada tahun kedua dan seterusnya. Tumbuhan efemeral,
semusim, dwimusim dan herba saka semuanya ialah herba iaitu ia mempunyai
pertumbuhan lembut herba. Tumbuhan semusim tidak pergi untuk musim kedua,
tetapi tumbuhan herba saka mempunyai strategi untuk terus hidup dari tahun ke
tahun dengan kematian dan penghidupan pertumbuhan ia, dengan tambahan simpanan
organ bawah tanah baru.
Maklumat tumbuhan umum[sunting | sunting sumber]
Kadar pertumbuhan tumbuhan amat berbeza,
antara kurang dari 1 &mikro;m/h (contoh sesetengah lumut),
kebiasaannya 25-250 µm/h dalam kebanyakan pokok,
dan sehingga 12,500 µm/h dalam sesetengah spesies memanjat yang tidak perlu
membazir tenaga untuk menghasilkan tisu penyokong yang keras (contoh Pueraria montana)